V S H U B

Eksotik. Itulah perkataan yang paling sesuai bagi koleksi peribadi bercorak haiwan. Bukan semua berani menggayakan fesyen ini. Dari kulit ular, harimau kuda belang,harimau bintang hingga ke zirafah, semuanya menjadi inspirasi penggemar gaya sebegini.


Sesuai digayakan secara kasual mahupun ke majlis formal, kehadiran anda pasti disedari ramai dengan gaya garang ini.


Kali ini, kami membawakan anda tujuh aksesori yang perlu sebagai pelengkap. Semuanya di bawah bajet RM100.


lalala1


1. Colourful Animal Hair Pins dan Animal Satin Bow Clips dari Forever 21. Kedua-duanya boleh didapati dengan harga USD4.80/ RM15.40 dan USD2.80/ RM8.98 di laman web rasmi Forever21.

2. Tiger Tunic Top ini boleh dimiliki dengan harga hanya pada USD15.80/ RM50.69, juga dari Forever21. Sangat sesuai jika dipakai semasa bersantai di hujung minggu dan dipadankan bersama a�?legginga�?.

3. Damita K Women’s ‘Amy-01’ Platform Pumps berinspirasikan motif kulit ular khas bagi anda yang ingin melangkah dengan penuh gaya. Kini, dengan hanya USD29.99/ RM96.22, ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu merah, ungu dan hitam.

4. Tampil ranggi pada harga USD 13.99/ RM44.89 dengan Pink Giraffe Print Clutch Wallet, harga pasaran USD50/ RM160.43. Anda juga boleh dapatkannya sekarang di amazon.com.

5. Hiasi jari manis anda dengan Malegra buy online, generic dapoxetine. 18k Gold/ Sterling Silver Leopard Print Ring bergaya ini. Ditawar pada harga USD23.99/ RM76.97 sahaja, anda tentu berasa berat untuk keluar rumah tanpanya!

6. Gelang tangan boleh digayakan dengan apa jua. Dijual pada harga USD29.50/ RM94.65, Nobility Bracelet ini kini boleh dimiliki dengan hanya USD14.99/ RM48.10 sahaja! Penjimatan hingga 40%!

7. Siapa kata kuda belang berwarna hitam dan putih? Apt. 9 Silver-Tone Zebra Bangle Bracelet juga didapati dalam warna biru akua. Kini dalam jualan penghabisan, ia boleh dibeli dengan hanya USD8/ RM25.67 sahaja. Sebelum ini dijual pada USD20/ RM64.17!


Bagi yang belum pernah mencuba gaya safari, anda boleh lawati laman ini untuk tips ringkas. Siapa kata anda perlu modal besar untuk bergaya sakan? Semua koleksi di atas berharga kurang dari RM100!